Search This Blog

AnDaI CiNtA M'PuNyAi WaJaH~~

>> Saturday, May 30, 2009



Cinta..

Andai cinta mempunyai wajah, pastinya ia indah sekali..

Andai cinta mempunyai wajah, pasti kita akan mengetahui betapa cinta nya si dia terhadap diri kita..

Andai cinta mempunyai wajah, maka tiada lagi cinta yang terputus di tengah jalan atau terumbang ambing di bawa arus yang tak pernah kita duga..

Andai cinta mempunyai wajah..

Tapi kerana cinta tidak mempunyai wajah, lebih ramai lagi yang ingin dilamun cinta.. Lebih ramai lagi yang ingin menikmati dan menghargai cinta kerana cinta itu terlalu unik dan subjektif..

Tanpa cinta, suram lah hidup kita.. Tanpa cinta, tiada lagi sinaran yang akan menceriakan hidup kita..

Kerana cinta adalah anugerah ALLAH SWT terhadap makhluk dan umat-Nya..

P/S: Hargailah cinta anda sebagaimana anda menghargai diri anda sendiri..

0 ilham:

Damai Di Hati

..........

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP